Mafraq, 21 Jan – Persatuan Mahasiswa Al al-Bayt ( PRISMA ) dengan kerjasama Exco Pembangunan Dan Ideologi (EPD ) telah menganjurkan satu program sempena Sambutan Maulidur Rasul. Program yang dinamakan Malam Kemuncak Mafraq Berselawat diadakan di Mudarraj Hussin Bin Ali, Universiti Al al-Bayt. Majlis ini diadakan sebagai penutupan bulan Mafraq Berselawat di mantiqah Mafraq. Antara objektif bulan Mafraq Berselawat ini diadakan untuk mencontohi akhlak-akhlak Rasulullah saw yang menjadi ikutan.
Bertemakan QudwahMu Pemangkin Kegemilangan Umat, seramai 200 ahli PRISMA telah menghadiri majlis ini. Pelbagai acara menarik yang berlangsung ketika malam kemuncak Mafraq Berselawat seperti forum, persembahan dikir barat, sketsa dan tayangan video. Forum pada kali ini pihak penganjur telah mengundang panelis-panelis yang sangat terkenal daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi Jordan iaitu Saudara Hilal Asyraf Bin Abd Razak dan Saudari Fathiyah Binti Idris. Sebanyak dua pusingan telah dijalankan dalam program ini dengan kupasan yang sangat menarik mengenai tema program. Para panelis membicarakan pandangan mereka mengikut kepakaran masing- masing dalam forum tersebut.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan- persembahan oleh para mahasiswa PRISMA yang dimulai dengan sketsa seterusnya dikir barat dan selawat (ضياء اللامع). Persembahan mereka sangat menghiburkan hati para penonton sambil banyak memberi nasihat dan pengajaran melalui persembahan mereka.
Sepanjang bulan Mafraq Berselawat , edaran risalah dan pertandingan telah diadakan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik. Pertandingan yang diadakan seperti pertandingan video khas untuk mahasiswa , pertandingan poster khas untuk mahasiswi dan pertandingan khat. Edaran risalah dan pertandingan ini memeriahkan lagi sambutan Mafraq Berselawat. Hadiah juga telah disampaikan kepada para pemenang pada malam kemuncak Mafraq Berselawat.
Diharapkan walaupun program Mafraq Berselawat telah melabuhkan tirainya, namun penghayatan mengenai sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w masih segar dalam ingatan agar ianya terus dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

‘Qudwahmu Pemangkin Kegemilangan Umat’

Disediakan oleh,
Ummu Aiman Binti Hasbullah
Setiausaha
Program Mafraq Berselawat.

 

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment